
ANAK-ANAK INDONESIA BELAJAR SEJARAH MELAKA
AYER KEROH 7 Oktober – Anak-anak dari Yayasan Al Huffazh Padang, Indonesia menyertai lawatan mempelajari sejarah Melaka menerusi Program Kembara Ilmu di Muzium Sejarah dan Etnografi, baru-baru ini.
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Erne Hamsah berkata, lawatan itu bertujuan memperkayakan ilmu pengetahuan sejarah serta merapatkan hubungan serantau.
“Kami berbesar hati menerima kunjungan anak-anak Yayasan Al Huffazh pada program ini, mereka dapat menikmati lawatan berpandu memperkenalkan sejarah Melaka yang kaya dan berwarna-warni.
“Terdapat juga aktiviti menjawab kuiz menguji pengetahuan anak-anak ini tentang sejarah dan sesi permainan tradisional yang menyeronokkan tentang budaya Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Erne, program Kembara Ilmu telah dilaksanakan PERZIM dilaksanakan sejak tahun 2017 dan sehingga kini menerima kira-kira 35 tempahan dari pelbagai sekolah dan agensi.
“Diharap program ini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mencintai sejarah dan budaya kita.
“Jika ada permintaan di muzium ini kita akan sediakan ‘in-house guide’ yang akan membantu dan memberikan penerangan berkaitan muzium,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA ANJUR SEMINAR ANTARABANGSA MARITIM, KUPAS PENEMUAN ‘KAPAL PURBA’
SERKAM 8 Februari - Seminar Antarabangsa Maritim yang bakal dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada September depan akan menumpukan perbincangan...
MELAKA PERHEBAT PROMOSI PELANCONGAN DI INDIA
AYER KEROH 8 Februari - Kerajaan Negeri menerusi Tourism Melaka memperluas jaringan promosi strategik pelancongan Melaka menerusi penyertaan pada pameran...
MELAKA PERUNTUK RM4.4 JUTA PERKASA KESIHATAN RAKYAT
AYER KEROH 8 Februari – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM4.4 juta di bawah Skim Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kesihatan Awam...
MELAKA BILA LARUT MALAM JADI NADI EKONOMI RAKYAT
BANDA HILIR 8 Februari - Melaka Bila Larut Malam yang mula diperkenalkan pada Jun 2024 yang lalu telah menjadi bukti...
CABUTAN BERTUAH MELAKA RIVER CRUISE DITERUSKAN TAHUN INI
BANDA HILIR 8 Februari - Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Cabutan Bertuah Melaka River Cruise pada tahun ini dalam usaha...
MELAKA NEGERI PERTAMA MILIKI SISTEM ‘PANIC BUTTON’
BANDA HILIR 8 Februari - Melaka menjadi negeri pertama di negara ini memiliki sistem 'Panic Button', kata Ketua Menteri Datuk...

