
Anak Sarawak pertama jadi ahli lembaga pengarah SKM
KUCHING 14 Mac. – Wan Shardini Wan Salleh menjadi anak Sarawak yang pertama dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), berkuat kuasa 4 Februari lalu.
Surat pelantikan itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu majlis di pusat komuniti Kampung Buntal, di sini semalam.
Dalam kenyataannya hari ini, Wan Junaidi berkata pelantikan Wan Shardini itu akan membantu pembangunan sektor koperasi di Sarawak.
“Sarawak merupakan negeri yang luas, justeru mempunyai cabaran tersendiri. Saya harap penyertaan anak Sarawak dalam Lembaga Pengarah SKM ini akan dapat membantu suruhanjaya itu meningkatkan pemahamannya tentang Sarawak, sekali gus berupaya mengembangkan sektor koperasi negeri,” katanya.
Sebelum ini, Wan Shardini yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains daripada Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Sains (Teknologi Kayu) daripada University College North Wales, United Kingdom, berkhidmat di Jabatan Hutan Sarawak selama 34 tahun dengan jawatan terakhir beliau ialah Timbalan Pengarah Hutan Sarawak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TANJUNG BIDARA BERSELAWAT HIMPUNKAN LEBIH 5,000 UMAT ISLAM
TANJUNG BIDARA 18 September - Lebih 5,000 umat Islam hadir memeriahkan Program Tanjung Bidara Berselawat sempena Program Wakil Rakyat Untuk...
BIMBINGAN MAIM JADI PEMACU NUR HIDAYAH BINA KEJAYAAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Bermula sebagai mualaf yang menerima bimbingan dan sokongan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Nur Hidayah...
MURID SK LUBOK REDAN TERUJA ‘UJI NASIB’ JAWAB SOALAN SPONTAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA, 18 September - Suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Redan gamat dengan sorakan murid apabila Ketua Menteri Melaka,...
ADUAN RAKYAT JADI ‘PETA’ KERAJAAN NEGERI PACU MELAKA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 18 September - Aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini menjadi antara sumber...
LAMPU ISYARAT BAHARU LEGAKAN PENDUDUK PENGKALAN BALAK
TANJUNG BIDARA 18 September - Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Taman Perindustrian Pengkalan Balak, Masjid Tanah, diharap mampu mengurangkan risiko...
WRUR TANJUNG BIDARA: HEBAT TERIMA LEBIH 124 ADUAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Sebanyak 124 aduan rakyat diterima sepanjang Program Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT) sempena Program Wakil...

