‘Anak’ tipu duit pesara RM18,700

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 24 Feb. – Seorang pesara swasta berusia 62 tahun dari Klebang, dekat sini rugi RM18,700 apabila ditipu seorang individu menyamar sebagai anaknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri Superintendan E Sundra Rajan berkata, mangsa seorang jurujual memaklumkan dia menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa sebagai anak lelakinya yang kehilangan telefon bimbit dan dompetnya.

Katanya, suspek memberitahu ingin meminjam sejumlah wang untuk dibayar kepada pembekal dan tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa memasukkan RM18,700 ke akaun bank diberikan berikutan suara pemanggil itu kedengaran sama seperti anaknya.

“Bagaimanapun mangsa mula berasa curiga apabila suspek masih lagi meminta wang dan telah menghubungi anaknya di talian yang sebenar sebelum dimaklumkan anaknya sedang bekerja dan tidak pernah meminta wang daripadanya.

“Mangsa yang berasa tertipu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tengkera pada Isnin,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini sebanyak sembilan kes menggunakan modus operandi sama dilaporkan di negeri ini membabitkan kerugian RM49,600.

Justeru, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya terhadap panggilan atau mesej WhatsApp dari talian yang tidak dikenali dan mendakwa sebagai kenalan lama atau ahli keluarga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

516
Kongsi :
Previous post Lebih RM1.2 juta eksibit dilupuskan
Next post Lebih RM1.2 juta barang kes dilupuskan
Ubah saiz-+=