
Anggota polis disyaki terbabit gangguan seksual dikeluarkan daripada penugasan SJR
KUALA LUMPUR 15 Feb. – Seorang anggota polis yang disyaki terlibat dengan dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita semasa sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Duta, di sini, dikeluarkan daripada penugasan SJR.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, anggota polis berkenaan sedang diambil tindakan lanjut.
“Tindakan awal yang diambil adalah mengeluarkan anggota polis terlibat kes ini daripada penugasan SJR dan tidak digantung tugas,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata suspek ketika ini sedang melakukan penugasan di bahagian pentadbiran sementara siasatan kes ini berjalan.
Semalam, tular di media sosial seorang wanita dalam ciapan Twitternya mendakwa dia mengalami gangguan seksual ketika melalui sekatan di Jalan Duta.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF SASAR TUNAI JANJI MANIFESTO MENGIKUT MASA DITETAPKAN
SERI NEGERI 17 November - Enam teras dan 113 inisiatif manifesto yang dijanjikan kepada rakyat akan dilaksanakan mengikut tempoh masa...
AB RAUF MAHU WAKIL RAKYAT TURUN PADANG, BUKAN DUDUK DI PEJABAT
SERI NEGERI 17 November – Setiap wakil rakyat di Melaka perlu mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memastikan amanah diberikan...
WAKIL BN-PN ADA DALAM BARISAN EXCO MELAKA – AB RAUF
SERI NEGERI 17 November – Wakil parti politik dalam gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam...
KEMBALI DENGAN MANDAT, AKMAL TERUS SANTUNI ADUAN RAKYAT
MERLIMAU 17 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh tidak menunggu lama untuk menyambung...
MUTIARA: MAIM RAI KEJAYAAN ANAK YATIM, ASNAF
BANDARAYA MELAKA 17 November - Kejayaan anak-anak asnaf dan yatim dalam bidang akademik serta pembentukan sahsiah terus diberi pengiktirafan oleh...
MENANG MAJORITI BESAR BAKAR SEMANGAT AZRIL REALISASI ‘TEKAD KELUARGA REMBIA’
SERI NEGERI 16 November - Kejayaan meraih majoriti 5,993 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menjadi pembakar semangat...
