
Audi terbakar lepas terbabas langgar pokok
SERKAM 5 Mac – Sebuah kereta jenis Audi terbakar selepas terbabas dan melanggar pokok di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dari arah Serkam ke Bandaraya Melaka, malam tadi.
Pemandu kereta itu bagaimanapun terselamat selepas berjaya keluar daripada kenderaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 8.44 malam tadi.
Seramai enam anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Merlimau digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 8.52 malam.
“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan kenderaan mewah itu dipercayai berpunca daripada kemalangan.
“Terdapat seorang pemandu terselamat dan operasi pemadaman segera dijalankan ke atas kereta yang 70 peratus terbakar itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Jurucakap itu berkata, operasi tamat pada jam 9.25 malam dan anggota pulang ke balai selepas memastikan keadaan selamat di lokasi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA CADANG BUKA LALUAN PENERBANGAN KE BATAM, PULAU PINANG DAN KOTA BHARU
KESIDANG 19 Jun - Kerajaan Negeri bercadang untuk membuka laluan ke tiga lokasi membabitkan Batam, Indonesia; Kota Bharu, Kelantan dan...
DI USIA 89 TAHUN, KHALIL TERIMA KUNJUNGAN ISTIMEWA KETUA MENTERI
TELOK MAS 19 Jun – Seorang warga emas dari Kampung Pengkalan Jajar sama sekali tidak menyangka Program Wakil Rakyat Untuk...
PENANTIAN 2 DEKAD BERAKHIR, SURAU IMPIAN PENDUDUK TAMAN SERI TELOK MAS FASA 5 DIBINA
TELOK MAS 19 Jun – Penantian lebih dua dekad penduduk Taman Seri Telok Mas Fasa 5 untuk memiliki surau sendiri...
RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN DIJANGKA SIAP DALAM TEMPOH SEBULAN
TANJUNG BIDARA 19 Jun - Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri bekerjasama bagi membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, dan isteri Samsiah...
KETUA MENTERI UMUM BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA SMK TELOK MAS
TELOK MAS 19 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bakal menerima dua unit televisyen pintar (Smart TV) dan...
WRUR TELOK MAS REALISASI HASRAT RAKYAT
TELOK MAS 19 Jun - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas memberikan impak...

