
Awas, fenomena air pasang besar landa Pantai Barat Semenanjung
MELAKA 2 Feb – Penduduk beberapa kawasan di pesisir Pantai Barat Semenanjung Malaysia diminta waspada berdepan fenomena air pasang besar yang sedang berlaku.
Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan memaklumkan fenomena itu diramal berlaku bermula semalam hingga 5 Feb.
Jelas kenyataan itu, antara beberapa kawasan yang berisiko ialah Kedah (Kuala Muda), Perak (Bagan Datoh), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) dan Johor (Batu Pahat dan Pontian).
“Keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak yang akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai (coastal flooding).
“Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang dinyatakan di kawasan terbabit.
“Orang ramai juga diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RTB RM450 JUTA SOLUSI JANGKA PANJANG AKHIRI EPISOD BANJIR LENDU
LENDU 10 Julai – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Baru bernilai RM450 juta, bakal menjadi penyelesaian jangka panjang mengatasi...
NAIK TARAF JALAN KAMPUNG AIR LIMAU-BANDAR BARU MASJID TANAH LANCAR
LENDU 10 Julai - Perjalanan pengguna yang melalui persimpangan Jalan Kampung Ayer Limau -Bandar Baru Masjid Tanah akan lebih lancar...
JELAJAH KETUA MENTERI SEJAHTERAKAN WARGA LENDU
LENDU 10 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membawa impak cukup besar dalam mensejahterakan kehidupan warga Dewan Undangan Negeri...
223 ADUAN RAKYAT LENDU SELESAI, BUKTI AMANAH DITUNAIKAN
LENDU 10 Julai – Sebanyak 223 daripada 282 aduan yang direkodkan menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan...
BULATAN SOLOK DUKU KURANGKAN KESESAKAN SEHINGGA 75 PERATUS
LENDU 10 Julai – Pelaksanaan sistem bulatan atau ‘roundabout’ di persimpangan Solok Duku Jalan Padang Kemunting berjaya melancarkan aliran trafik...
RM67 JUTA SELESAKAN WARGA TELOK MAS
TELOK MAS 10 Julai - Lebih RM67 juta peruntukan telah disalurkan bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan kemudahan rakyat di...

