Bajet 2023 Negeri Melaka: Jangan lupakan belia, sukan – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDA HILIR 3 Disember – Pembentangan Bajet 2023 Negeri Melaka pada 12 Disember ini diharap akan turut memberi tempias kepada golongan belia dan sektor sukan.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam berharap bajet khas diwujudkan untuk belia dan sukan memandangkan pelbagai program pembangunan perlu diteruskan sepanjang tahun depan.

“Saya berharap berilah perhatian kepada belia-belia terutama di negeri ini kerana ada banyak persatuan belia yang diwujudkan, namun mereka berdepan kekangan dana.

“Kita sedar, selepas fasa pendemik COVID-19, kita baru sahaja dalam proses pemulihan dan Melaka tidak mempunyai bajet yang besar seperti negeri lain.

“Tetapi sebagai Exco yang bertanggungjawab, saya akan cuba yang terbaik untuk memperjuangkan bajet khas bagi belia dan sukan serta NGO ini dapat diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mewakili Ketua Menteri merasmikan Program Karnival Sukan Inspire OKU Aktif Peringkat Negeri Melaka di sebuah kompleks beli-belah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka Khairul Adri Rosli dan Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka Mohd Asri Ninggal.

Mengulas mengenai pembangunan sukan OKU di Melaka, Shanmugam berkata, sejumlah lebih RM100,000 telah diagihkan bagi menjalankan pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun ini.

Pada masa sama, pihaknya akan memastikan atlet-atlet OKU Negeri Melaka yang meraih kejayaan cemerlang dan telah membanggakan negeri dalam apa jua kejohanan akan turut sama menerima insentif yang disediakan Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3931
Kongsi :
Previous post Proses undi awal DUN Tioman, Parlimen Padang Serai ditutup
Next post Bengkel, klinik cungkil bakat OKU dalam sukan
Ubah saiz-+=