
Balik kampung: Beberapa lokasi lebuh raya arah timur sesak
KUALA LUMPUR, 3 Mei – Aliran trafik mulai meningkat di laluan sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah timur bermula 9 pagi tadi berikutan pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota susulan pergerakan orang ramai pulang ke kampung hari kedua sambutan Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata kenderaan bergerak perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dan kesesakan turut berlaku sejauh dua kilometer selepas Hentian Sebelah Gombak ke Genting Sempah.
“Bagaimanapan pergerakan trafik di lain-lain lokasi masih lancar dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
CHARITY OUTLET MELAKA MALL ‘DISERBU’
AYER KEROH 19 Mac - Usaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mewujudkan pusat pengumpulan pakaian terpakai ‘Charity Outlet Melaka...
KES ROGOL BAWAH UMUR ANTARA PENYUMBANG JENAYAH KEKERASAN DI MELAKA
KLEBANG 19 Mac - Peningkatan kes rogol melibatkan mangsa bawah umur dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan jenayah...
AYAM RM5 BUKTI ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’ DIRASAI WARGA TABOH NANING
TABOH NANING 19 Mac –Jualan ayam serendah RM5 seekor di Dewan Terbuka Taman Sri Naning di sini, mendapat sambutan menggalakkan...
25,000 AYAM RM5 HABIS DALAM TEMPOH EMPAT JAM
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Sebanyak 25,000 ayam murah ditawarkan pada harga RM5 seekor sempena sambutan genap tiga tahun pentadbiran...
PERTANDINGAN TIKTOK RAYA MASJID TANAH TAWAR HADIAH RM5,000
AYER LIMAU 19 Mac - Orang ramai berpeluang memenangi ‘duit raya’ dengan menyertai TikTok Raya Masjid Tanah yang menawarkan hadiah...
AYAM RM5 ‘DISERBU’ PENDUDUK LENDU
LENDU 19 Mac – Seawal jam 7 pagi, pekarangan Japerun Lendu sudah dipenuhi orang ramai yang sanggup beratur panjang demi...

