Bandar Melaka, Cheng terjejas akibat banjir kilat

Masa Membaca:56 Saat

CHENG 29 Mac – Hujan lebat awal pagi tadi telah menyaksikan beberapa kawasan di sekitar negeri Melaka dinaiki air sehingga menyebabkan banjir kilat.

Antara lokasi teruk terjejas melibatkan kawasan di Cheng, yang juga merupakan antara jalan utama menghubungkan laluan ke Bandaraya Melaka serta Jalan Kee Ann, Jalan Ong Kim Wee dan Kampung Jawa.

Grup Facebook Geng Masjid Tanah Official mengongsikan foto antara anggota bomba datang menyelamatkan kenderaan yang terkandas akibat banjir kilat di Persimpangan Cheng awal pagi tadi.

Tular di media sosial, beberapa klip video serta gambar telah dirakam serta dikongsi oleh orang ramai yang berada di sekitar Cheng.

Kawasan persimpangan utama Cheng berhampiran Bank CIMB antara yang paling terjejas, dan dilaporkan sebuah kenderaan terkandas dalam kejadian banjir tersebut.

Jalan Ong Kim Wee turut dinaiki air.

Manakala, Jalan Kee Ann, Jalan Ong Kim Wee serta Kampung Jawa yang terletak dalam Bandaraya Melaka turut dinaiki air.

Melaka Hari Ini kini sedang mendapatkan laporan pengesahan dari pihak berwajib rentetan kes banjir kilat tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1958
Kongsi :
Previous post Keindahan pohon tekoma Taman Bandar Baru Utama jadi tumpuan
Next post Pusat rekreasi terkemuka ikonik diwujudkan – Sulaiman
Ubah saiz-+=