
Banjir: 10 Pencawang TNB ditutup di Lubok China- EXCO
MASJID TANAH 19 Dis- Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka menutup 10 pencawang elektrik di seluruh kawasan Lubok China susulan banjir melanda kawasan itu sejak semalam.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata penutupan tersebut adalah untuk keselamatan semua pihak.
Katanya, pihak TNB akan membuka semula pencawang elektrik terbabit jika banjir mulai surut.

“Pihak TNB telah maklum pada saya untuk menutup 10 pencawang elektrik di kawasan Lubok China dan sekitar yang terjejas banjir.
“Penutupan itu sejak semalam sehingga kini masih belum dibuka.
“TNB akan buka semula pencawang elektrik itu jika banjir mulai suru, ini merupakan faktor keselamatan untuk semua pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media kepada selepas melawat beberapa kawasan yang dilanda banjir di sekitar Lubok China, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH RM14 JUTA PERKUKUH PEMBANGUNAN MELAKA GEOPARK
BANDA HILIR 1 November – Lebih RM14 juta diperuntukkan dan diluluskan bagi memperkukuh pembangunan Aspiring Melaka Geopark termasuk menyediakan kemudahan...
PRN MELAKA: RAMAI MAHU JADI ‘GENG BIRU’ DI KLEBANG
KLEBANG 1 November - Berbekalkan rekod perkhidmatan dan pelbagai inisiatif mendekati rakyat, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PRN MELAKA: RAIS MAHU TANGGA BATU HADIAHKAN EMPAT KERUSI UNTUK BN
KLEBANG 1 November - Barisan Nasional (BN) dan rakan strategik Perikatan Nasional (PN) meletakkan sasaran menyapu bersih kesemua empat kerusi...
MELAKA SASAR GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA ZON SELATAN
BANDA HILIR 1 November – Melaka berpotensi menjadi negeri pertama di Zon Selatan Semenanjung Malaysia yang memperoleh pengiktirafan Geopark Kebangsaan...
PRN MELAKA: ‘14 NOVEMBER HARI JADI RAKYAT’
KLEBANG 1 November - Tarikh 14 November disifatkan sebagai ‘Hari Jadi Rakyat’ apabila pengundi bakal menentukan hala tuju kepimpinan dan...
TOK LI MAHU NAIK TARAF KEMUDAHAN NELAYAN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 1 November - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah, mahu menambah baik kemudahan...
