Banjir: JAPERUN Paya Rumput digerakkan bantu kediaman mangsa banjir

Masa Membaca:56 Saat

PAYA RUMPUT 19 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin akan menggerakkan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) dalam membantu mangsa banjir.

Beliau berkata, bantuan pasca banjir itu akan tertumpu bagi membantu aktiviti pembersihan kediaman penduduk yang terjejas.

“Kami sudahpun bersedia ‘mode standby’ bukan hanya membantu ketika banjir bahkan selepas banjir juga.

“Selalunya di Paya Rumput, pasca banjir itu kita akan sama-sama bergotong-royong dan saya akan pastikan team Japerun turun membantu,” katanya selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong.

Menurut beliau, selain parti politik, aktiviti pasca banjir itu juga nanti akan turut disertai oleh sukarelawan mahasiswa.

“Sukarelawan mahasiswa juga sudah menghubungi saya untuk turut sama membantu penduduk yang terjejas,” katanya.

Mengulas lanjut, Rais berkata, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, seramai 218 penduduk dilaporkan terjejas apabila kediaman mereka dinaiki air.

“Untuk itu kami menggerakkan segala bantuan bagi memastikan semua penduduk yang terjejas berpindah ke PPS.

“Kampung Lanjut manis antara lokasi yang teruk terjejas apabila seramai lapan mangsa kita terpaksa pindahkan dengan menggunakan bot, semalam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2085
Kongsi :
Previous post Banjir: 10 Pencawang TNB ditutup di Lubok China- EXCO
Next post Banjir: Ban pecah antara punca Lubok China tenggelam-EXCO
Ubah saiz-+=