
Banjir: RM125 juta bantuan wang ihsan telah disalur – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkataĀ bagi mangsa-mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan banjir (PPS), prestasi pengagihan adalah 97.3 peratus daripada bilangan ketua isi rumah yang layak bagi gelombang pertama banjirĀ meliputi lapanĀ negeri.
āPrestasi pengagihan bagiĀ gelombang kedua pula adalah 57.3 peratus meliputi negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sabah dan Johor,ā katanyaĀ ketika sesiĀ penerangan berkenaan situasi bencana banjir penghujungĀ 2021 pada persidangan khas Parlimen hari ini.
Menurutnya bagi mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS, prestasi pengagihan adalah 50.8 peratus.
Beliau berkataĀ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pulaĀ telah menyalurkan RM25 juta kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)Ā menggunakan tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN)Ā bagi pengagihanĀ Bantuan Pembelian Keperluan Asas (BPKA)Ā kepada ketua isi rumah yang layak.
Ismail Sabri Ā berkata kerajaanĀ telah mengumumkan bantuan Keluarga Malaysia berjumlah RM1.4 bilion bagi meringankan beban yang ditanggung mangsaĀ banjir kali ini.
āJumlah ini adalah bantuan secara terus oleh kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan. Selain daripada jumlah ini, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan bagi pembaikan infrastruktur, kerosakan dan sebagainya yang jauh melebihi nilai tersebut,ā katanya.
Perdana MenteriĀ berkata antara bantuan lain yang diberikan adalah membina dan membaik pulih rumah;Ā baucar diskaun pembelian alat elektrik dan rebat bil elektrik bulan 12/2021; pinjaman mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk isi rumah; pinjaman TEKUN untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta moratorium pinjaman mangsa banjir.
Mengenai perkembangan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan infrastruktur, Ismail Sabri berkataĀ 99.67 peratus telah siap dilaksanakan bagi kerja pembersihan Fasa 1 melibatkan enam negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 18 Jan lepas.
āManakala 100 peratus bagi Fasa 2 yang melibatkan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka telah dibersihkan dengan jumlah sisa terkumpul yang dibersihkan bagi kedua-duaĀ fasa adalahĀ 85,516 tan,ā katanya.
Selain itu, semua kawasan yang terjejas bekalan elektrik telah disambung semula sehingga 11 Jan lepas manakalaĀ 1,058 dari 1,066 infrastruktur komunikasi yang terjejas telah diperbaiki setakat semalam.
āDalam pada itu, terdapat kerosakan infrastruktur awam, premis-premis kerajaan, kerugian perniagaan, kediaman rakyat dan lain-lain kerosakan sedang dinilai oleh agensi berkaitan,ā katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.