Banjir: SWCorp tumpu pembersihan 12 kawasan di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

BATU BERENDAM 5 Jan – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka menggerakkan 17 kenderaan dan lima jentera bagi kerja-kerja pembersihan kawasan terjejas akibat bencana banjir, hari ini.

Pengarah SWCorp Melaka, Khairuladha Mutalib berkata ia dilaksanakan menerusi Operasi Pembersihan Pasca Banjir yang menumpukan kawasan kerap berlaku banjir meliputi Taman Merdeka Jaya dan Taman Datuk Tambhy Chik Karim.

KERJA-kerja membersihkan kawasan perumahan Taman Datuk Tambhy Chik Karim.

“Seperti sedia maklum Melaka mengalami banjir gelombang kedua dan lebih 30 kawasan terjejas, tapi untuk tumpuan pembersihan pasca banjir ini kita pergi ke 12 kawasan meliputi daeah Alor Gajah dan Melaka Tengah.

“Pagi ini kami beri tumpuan di Taman Merdeka Jaya dan Taman Datuk Tambhy Chik Karim, manakala di kawasan Alor Gajah terdapat empat kawasan iaitu di Taman Sri Bayu 2, Kampung Gadek, Taman Belimbing Indah dan Kampung Telok Berembang.

“Aktiviti pembersihan pasca banjir kali ini kita laksanakan kerja-kerja kutipan sisa pukal pembersihan longkang, jalan dan pembersihan di rumah mangsa-mangsa yang terjejas,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas operasi tersebut.

KHAIRUDLADHA

Ujarnya, operasi tersebut mula dijalankan sejak 3 Jan lalu di kawasan Alor Gajah dan diikuti Melaka Tengah.

“Hari ini apabila ramai penduduk dah mula pulang ke rumah dari Pusat Penempatan Sementara (PPS), kita tumpukan kawasan terjejas besar seperti di dua taman ini dan kemudian ke kawasan lain.

“Kami jangkakan selama dua minggu operasi ini dijalankan dan kita tengok atas keperluan dan permohonan daripada penduduk atau agensi berkaitan untuk kita bantu kelancaran operasi ini.

“Kita turut menggerakkan aset-aset SWM Environment Sdn Bhd untuk membantu melancarkan kerja pembersihan di kawasan yang terjejas ini,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1625
Kongsi :
Previous post KDNKA selaras bantuan penduduk terputus hubungan di Segamat – Acryl Sani
Next post Banjir: UTeM teruskan misi bantuan di Pahang, Negeri Sembilan
Ubah saiz-+=