Sorting by

×

Bank dijangka alami kerugian pengubahsuaian RM79 bilion sepanjang moratorium

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

KUALA LUMPUR 27 Julai – Bank-bank dijangka mengalami kerugian pengubahsuaian sebanyak RM79 bilion sepanjang tempoh pelaksanaan moratorium selama enam bulan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya, ini adalah jumlah yang boleh dipinjamkan bank-bank terbabit kepada individu dan peniagaĀ dalam keadaan perniagaan biasa bagi tempoh April hingga September tersebut.

ā€œBagi tempohĀ enam bulanĀ moratorium yang diberikan secara keseluruhan, jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM6.4 bilion yang bersamaan dengan pengurangan kapasiti bank itu sendiriĀ untuk memberi pinjaman baharuĀ sebanyak RM79 billion sama ada kepadaĀ rakyat atau peminjam.

ā€œDemi memastikan rakyat terus terpeliharaĀ jikaĀ PerintahĀ Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, kerajaan akan sentiasa memantauĀ keadaan dan perkembangan semasa serta akan mengambil tindakan yang diperlukanĀ seperti yangĀ dibuat sebelum ini,ā€ katanyaĀ pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada moratorium kewangan oleh bank-bank akan dilanjutkanĀ enam bulan lagi.

Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata sistem perbankanĀ negara dianggarkan mengalami kerugianĀ sebanyak RM1.06 bilion bagi setiap bulan tempoh moratorium dilanjutkanĀ mengikut Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 9.

Menurutnya, Malaysia merupakan antara negara terawal didunia yang melaksanakan moratorium secara automatik dan menjadiĀ negara pertama memperkenalkan moratorium selama enam bulan.

Antara negaraĀ yang melaksanakan langkah itu ialah Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, United Kingdom, Kanada, ItaliĀ dan Amerika Syarikat.

Selain itu, menjawab soalanĀ Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) mengenai impak positif moratoriumĀ kepada rakyat dan ekonomi negara, Tengku Zafrul berkataĀ nilai moratorium yang telah diberiĀ setakat 20 Julai lepasĀ mencecah RM59 bilion.

Malah, secara keseluruhannya,Ā moratorium itu telah memanfaatkan sejumlah 7.7 juta rakyat Malaysia yang merangkumi 93 peratus peminjam individu, kata beliau.

“Saya yakin langkah moratorium ini telah sedikit sebanyak membantu rakyat mengharungi tempoh mencabarĀ PKP akibat COVID-19.

ā€œDalamĀ perbincanganĀ yangĀ sedang dijalankan dengan Bank Negara Malaysia dan sektor perbankan mengenaiĀ hala tujuĀ masa depan, mereka telahĀ memberi komitmenĀ untuk terus membantu rakyatĀ dan perniagaan yang memerlukan bantuan dalam tempoh mencabar ini,ā€ katanya.

Menurut Tengku Zafrul, keputusanĀ perbincangan tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

— BERNAMA

 

Views:

325
Kongsi :
Previous post MSN Melaka harap SUKMA Johor 2020 tak tangguh
Next post Hukuman penjara pemandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dinaikkan sehingga 15 tahun