MSN Melaka harap SUKMA Johor 2020 tak tangguh

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 27 Julai – Majlis Sukan Negara (MSN) Melaka berharap saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 Johor yang dijangka berlangsung pada Mac 2021 tidak ditangguhkan, berhubung situasi semasa penularan pandemik Covid-19.

Ketika dihubungi, Pemangku Pengarahnya Tan Gek Chu meluahkan kerisauan itu susulan kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berkaitan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jika kes positif Covid-19 mencecah tiga angka.

“Harap perkara itu tidak berlaku (ditunda ke tarikh lain) kerana para atlet sudah mula berlatih sejak dibenarkan bermula 11 Julai lalu.

“Kerisauan itu masih ada memandangkan situasi Covid-19 semasa menunjukkan peningkatan dan sejak semalam sudah 13 kes baharu direkodkan,” katanya.

Jelas Gek Chu, suatu mesyuarat berhubung perkara itu akan dibuat antara Selasa dan Rabu ini, yang turut membabitkan sesi latihan atlet yang mungkin dihadkan semula.

“Bagaimanapun buat masa ini, arahan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen terhadap kebenaran latihan atlet masih terpakai.

“Cuma perkembangan berkaitannya sahaja yang dinanti, berhubung perkara akan datang, masih tiada keputusan dibuat,” katanya.

Menurutnya, atlet mungkin meneruskan latihan secara atas talian yang dipantau jurulatih masing-masing di atas talian, seperti sebelum ini, jika kebenaran latihan atlet ditarik semula, mereka

“Namun, buat ketika ini sehingga arahan baharu dikeluarkan, mereka boleh berlatih mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.

Views:

276
Kongsi :
Previous post JPJ kutip lebih RM8.5 bilion hasil bukan cukai bagi tahun 2019 dan 2018
Next post Bank dijangka alami kerugian pengubahsuaian RM79 bilion sepanjang moratorium
Ubah saiz-+=