Bantuan RM137,848 buat 41 nelayan dan penternak ikan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SUNGAI RAMBAI 24 Mac- Seramai 41 nelayan darat dan penternak akuakultur menerima bantuan banjir dibawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) 2022 dengan peruntukkan keseluruhan bernilai RM137,848.

Pengarah Perikanan negeri, Mohd Fauzi Salehon berkata bantuan itu akan diagihkan kepada 26 orang nelayan darat, seorang usahawan dan 14 penternak akuakultur.

Katanya, agihan itu bertujuan membantu golongan sasar berkenaan yang terjejas akibat bencana banjir melanda negeri ini pada Dis tahun lalu.

“Jumlah bantuan untuk setiap penerima berbeza bergantung kepada nilai kerugian yang mereka alami.

“Bantuan ini adalah sebagai tanda bagi menzahirkan perasaan dukacita terhadap bencana berlaku susulan taburan hujan yang luar biasa.

“Antara bantuan yang diberikan termasuklah peralatan perikanan, makanan ikan dan benih ikan,” katanya.

SITI Faizah melepaskan benih udang galah sempena Program Pelepasan Benih Udang Galah dan Penyerahan Bantuan Banjir Negeri Melaka di Laman Belia, Sungai Rambai. Foto Iqmal Haqim Rosman.

Beliau berkata demikian Beliau berkata demikian dalam sidang media Program Pelepasan Benih Udang Galah dan Penyerahan Bantuan Bencana Banjir Negeri Melaka di Laman Belia, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1663
Kongsi :
Previous post FAM kekal kaedah ‘gelembung bola sepak’ untuk pertandingan Asia
Next post Anggota wanita APM kental walau tanggung derita kanser tahap 4
Ubah saiz-+=