Bas, van perantara ke Rumah Terbuka Ketua Menteri

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

TANJUNG BIDARA 3 Mei – Perkhidmatan bas dan van perantara (shuttle) disediakan bagi memudahkan tetamu untuk ke Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah, esok.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, perkhidmatan itu disediakan di empat parkir awam dikhususkan untuk orang ramai.

“Parkir awam 1 terletak 30 meter dari Persimpangan Lampu Isyarat Jeram, diikuti parkir awam 2 dan 3 terletak 50 meter dari persimpangan yang sama, manakala parkir awam 4 pula ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram.

“Bagi sebelah petang, sebanyak 10 unit van akan disediakan bagi membawa tetamu ke lokasi penganjuran. Sementara itu untuk malam pula, tiga van dan dua bas mini, selain tambahan lima unit van lagi akan disedia untuk memudahkan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, bermula jam 2.30 petang esok, jalan dari Kampung Jeram sehingga ke Lubok Redan akan dijadikan laluan sehala.

Jelasnya, laluan sehala itu bermula dari Persimpangan Lampu Isyarat Jeram hingga ke SK Lubok Redan.

“Aliran trafik kembali menjadi dua hala bermula dari SK Lubok Redan menuju ke simpang tiga menghala ke Pengkalan Balak dan Kuala Sungai Baru.

Istimewanya, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dijadualkan mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan.

Sambutan itu juga bakal diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, selain barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dan tetamu dari dalam dan luar Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

416
Kongsi :
Previous post Diskaun 20 peratus naik Menara Taming Sari hari ini
Next post Kenaikan gaji: Pacu motivasi, tingkat integriti penjawat awam
Ubah saiz-+=