
Bau hangit selamatkan tiga beranak daripada rentung
SERKAM 11 Disember – Bau hangit menyelamatkan tiga beranak termasuk wanita warga emas dalam kebakaran membabitkan rumah separuh kekal di Jalan Datuk Langgar, Serkam Darat, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, ibu berusia 70 tahun dan dua anak lelaki dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun berjaya menyelamatkan diri, namun hampir keseluruhan rumah yang didiami mereka hangus terbakar.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar pihaknya menerima panggilan pada jam 4.24 pagi dan tiba ke lokasi 10 minit selepas itu.
Katanya, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin Bistari digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan misi menyelamat dan memadam kebakaran.
“Setibanya di lokasi didapati benar rumah jenis separuh kekal berkeluasan 60×40 kaki persegi terbakar 90 peratus dan operasi pemadaman segera dilakukan.
“Kebakaran dapat dikawal pada jam 5.11 pagi dan operasi tamat pada jam 8.45 pagi.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...
PRN MELAKA: MCA TIDAK AKAN TINGGALKAN MASYARAKAT CINA
BANDA HILIR 9 November - MCA tidak akan mengundur diri daripada memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Melaka meskipun terpaksa bertanding...
