
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumaresan berkata pihaknya menerima laporan polis daripada ibu mangsa yang berusia 31 tahun pada 4.24 petang.
“Mangsa bayi lelaki lingkungan lima bulan didapati tidak sedarkan diri ketika dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh warga tempatan lingkungan umur 34 tahun. Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital.
“Bedah siasat telah dijalankan ke atas mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan luaran tubuh badan mangsa, punca kematian masih dalam siasatan. Setakat ini belum ada tangkapan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan mati mengejut (SDR) dijalankan selari dengan Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001 iaitu menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi yang memperuntukkan hukuman denda RM 50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘ROH MELAKA’ LAHIR DARIPADA KEPELBAGAIAN
BANDA HILIR 26 September - Kepelbagaian budaya, bangsa dan tamadun yang hidup bersama sejak berabad lamanya menjadi antara kekuatan utama...
WARISAN KUIH BULAN JADI TARIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 26 September - Festival Kuih Bulan bukan sekadar wadah meraikan tradisi masyarakat Tionghua, malah berpotensi dikembangkan sebagai produk...
‘ELEMEN VERNAKULAR WAJAR JADI KOMPONEN SAHAJA, BUKAN SEKOLAH’
AYER KEROH 26 September - Sekolah vernakular tidak sepatutnya wujud dalam bentuk sekolah berasingan sebaliknya elemen vernakular hanya perlu dikekalkan...
CADANG SATU RUMAH, SATU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
AYER KEROH 26 September - Satu rumah, satu Perlembagaan Persekutuan dan negeri perlu dijadikan amalan setiap keluarga bagi meningkatkan kefahaman...
SENTUHAN KASIH KETUA MENTERI NYALAKAN SEMANGAT CALON SPM MELAKA
PENGKALAN BATU 26 September - Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri menjadi pencetus semangat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk...
MATA PELAJARAN SEJARAH PERLU SENTIASA DIKAJI, DIKEMAS KINI
AYER KEROH 26 September - Mata pelajaran Sejarah perlu sentiasa dikaji dan dikemas kini selaras perubahan sosio-budaya semasa bagi memastikan...
