
Bekalan air Melaka dijangka mencukupi hingga awal 2021
AYER KEROH 1 Jul – Bekalan air di Melaka dijangka mencukupi sehingga awal tahun hadapan, kata Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali.
Jelasnya, ia berikutan paras empangan-empangan utama Melaka termasuk Empangan Durian Tunggal mencatat bacaan 93 peratus pada 27 Jun 2020.
“Bacaan itu jauh lebih baik berbanding pada tarikh yang sama tahun 2019, di mana, jumlah takungan hanya 50 peratus.
“Ia menunjukkan tindakan segera bersifat jangka pendek dan panjang oleh kerajaan negeri dan agensi terlibat menunjukkan hasil positif bagi memastikan kelangsungan bekalan air kepada masyarakat di Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Amanat Ketua Menteri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini, sebentar tadi.
Menurutnya, antara usaha yang telah dijalankan sepanjang tempoh pentadbirannya ialah meneruskan pelaksanaan Projek Pembinaan Empangan Jernih pada tahun semasa, selain turut menggerakkan Projek Off River Storage (ORS).
Selain itu, katanya, pihaknya juga sedang melaksanakan kajian kemungkinan pembinaan Empangan Pesisir Pantai (Coastal Reservoir) di lembangan sungai-sungai Negeri Melaka dan akan memohon peruntukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi Projek Mitigasi Tasik Biru dan Sungai Kesang sebagai alternatif musim kemarau.
Views:
Related

Berita Lain
PENANTIAN 2 DEKAD BERAKHIR, SURAU IMPIAN PENDUDUK TAMAN SERI TELOK MAS FASA 5 DIBINA
TELOK MAS 19 Jun – Penantian lebih dua dekad penduduk Taman Seri Telok Mas Fasa 5 untuk memiliki surau sendiri...
RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN DIJANGKA SIAP DALAM TEMPOH SEBULAN
TANJUNG BIDARA 19 Jun - Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri bekerjasama bagi membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, dan isteri Samsiah...
KETUA MENTERI UMUM BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA SMK TELOK MAS
TELOK MAS 19 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bakal menerima dua unit televisyen pintar (Smart TV) dan...
WRUR TELOK MAS REALISASI HASRAT RAKYAT
TELOK MAS 19 Jun - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas memberikan impak...
MELAKA BINA 13 MASJID BAHARU DALAM TEMPOH TIGA TAHUN – KM
TELOK MAS 18 Jun - Sebanyak 13 masjid baharu telah dibangunkan Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun sebagai bukti komitmen...
KETUA MENTERI TURUN PADANG SANTUNI RAKYAT TELOK MAS
TELOK MAS 18 Jun - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meneruskan pendekatan mendekati rakyat apabila meluangkan masa...

