Sorting by

×

WARGA SMK TELOK MAS TERUJA SAMBUT KETUA MENTERI

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

TELOK MAS 18 Jun – Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bertukar gamat apabila pelajar memberikan tepukan gemuruh sejurus ketibaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ke sekolah berkenaan sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas.

Pada lawatan itu Ketua Menteri menyempurnakan perasmian mural Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat seterusnya meluangkan masa lebih 30 minit beramah mesra dan berkongsi mengenai sejarah serta kepahlawanan Laksamana Hang Tuah bersama warga SMK Telok Mas.

Hadir sama, Pengerusi Penyelaras WRUR Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas merangkap Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Saleh; Pegawai Daerah Melaka Tengah, Mohd Shaiful Hizam Johan; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman serta Pengetua SMK Telok Mas Zulkifli Md Daud.

Mural Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat menjadi medium visual dalam mendidik generasi muda mengenai keagungan sejarah Melaka, memupuk jati diri dan menanam sifat kebijaksanaan serta keberanian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

439
Kongsi :
Previous post KHPM EDISI MELAKA SASAR 50,000 PENGUNJUNG – KUSKOP
Next post PETUGAS PEMBERSIHAN PERKUKUH DAYA TARIKAN PELANCONGAN MELAKA