
Belacan Melaka laris hingga ke luar negara
PANTAI KUNDOR 11 Julai – Belacan hasil keluaran negeri Melaka mendapat permintaan yang cukup tinggi bukan sahaja dalam negara bahkan di luar negara.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, hasil dari lawatannya ke tempat perusahaan belacan Mak Long Tanjung di Balik Bukit, di sini mendapati belacan berkenaan kini telah dieksport sehingga ke Brunei dan Singapura.
“Difahamkan, setiap bulan sahaja mereka memerlukan 3 tan udang geragau untuk menghasilkan belacan. Kalau setahun sudah 36 tan diperlukan dan kini mereka telah berjaya mengeksport belacan itu ke luar negara.
“Bagi saya, ini sesuatu yang baik untuk negeri memandangkan kita berjaya melahirkan usahawan yang berjaya dalam perusahaan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, pagi tadi.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, pihaknya akan cuba membantu perusahaan belacan yang ada di negeri ini untuk terus berkembang di masa akan datang.
“Kita akan bantu dari segi bimbingan teknikal dan apa jua keperluan lain agar perusahaan ini dapat dihasilkan dalam skala lebih besar untuk pasaran yang lebih luas suatu haru nanti,” katanya lagi.q
Views:
Related


Berita Lain
SUDAH 16 TAHUN BERSARA, ZAID MASIH BERJIWA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 21 September - Sudah 16 tahun bersara sebagai guru, namun semangat mendidik dalam diri Zaid Md Saman, 72,...
MENARA TINJAU GAMIT ‘HIKERS’ TAWAN PUNCAK BUKIT GAPIS
ASAHAN 21 September - Aktiviti mendaki Bukit Gapis atau juga popular dengan panggilan Gunung Melaka kini lebih menarik dengan pembinaan...
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
