
Belanjawan 2023: Sulaiman harap peruntukan penyuraian trafik, pendidikan diluluskan
MELAKA, 20 Februari – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berharap agar peruntukan mengenai penyuraian trafik dan pendidikan yang dimohon kerajaan negeri dalan Belanjawan 2023 diluluskan kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata beberapa projek berkaitan penyuraian trafik amat penting untuk dilaksanakan di Melaka memandangkan negeri itu terkenal dengan aktiviti pelancongan.
“Pasca-COVID-19 ketika ini menyaksikan ramai pelancong yang hadir ke Melaka, jadi bagi menyuraikan aliran trafik ini kita kemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan.
“Begitu juga dengan pendidikan… terdapat beberapa sekolah perlu diberi perhatian apabila ada cerun yang mengalami kegagalan terutama di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan beramah mesra dengan 246 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen Jumaat ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ROSSA PUKAU ORANG MELAKA DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 12 April - Penyanyi popular dari 'seberang' Datuk Seri Rossa menggamatkan suasana di Villa d'Acqua, Kampung Pulau, malam...
BERTUAH ORANG MELAKA DAPAT TENGOK ‘KONSERT PERCUMA’ CAKRA KHAN
TANJUNG BIDARA 12 April - Penampilan artis popular dari Indonesia, Cakra Khan yang menampilkan persembahan penuh bertenaga menggamatkan suasana di...
APAM BALIK ‘CRISPY’ MHI JUADAH ISTIMEWA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI
TANJUNG BIDARA 12 April - Apam balik rangup menjadi antara lebih 60 juadah disediakan di Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk...
TAM SPIDER, DATUK RAMLI SARIP GEGAR MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 12 April - Persembahan penuh bertenaga daripada Tam Spider dan Datuk Ramli Sarip menggegar Masjid Tanah, malam ini....
WRUR: 8 PROGRAM PERPADUAN WARNAI ALOR GAJAH: KAMPUNG KITA
GADEK 12 April - Usaha memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat terus dipergiat menerusi pelaksanaan lapan program komuniti oleh Jabatan Perpaduan...
GAGASAN MESRA KETUA MENTERI BERJAYA SATUKAN RAKYAT MELAKA
TANJUNG BIDARA 12 April - Hasrat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu menyatukan masyarakat berbilang kaum di...
