
Belanjawan 2023: Sulaiman harap peruntukan penyuraian trafik, pendidikan diluluskan
MELAKA, 20 Februari – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berharap agar peruntukan mengenai penyuraian trafik dan pendidikan yang dimohon kerajaan negeri dalan Belanjawan 2023 diluluskan kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata beberapa projek berkaitan penyuraian trafik amat penting untuk dilaksanakan di Melaka memandangkan negeri itu terkenal dengan aktiviti pelancongan.
“Pasca-COVID-19 ketika ini menyaksikan ramai pelancong yang hadir ke Melaka, jadi bagi menyuraikan aliran trafik ini kita kemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan.
“Begitu juga dengan pendidikan… terdapat beberapa sekolah perlu diberi perhatian apabila ada cerun yang mengalami kegagalan terutama di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan beramah mesra dengan 246 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen Jumaat ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARI KEBANGSAAN 2026: MELAKA CATAT SEJARAH JULUNG KALI PAMER KAPAL PERANG TLDM
KLEBANG 4 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal mencipta sejarah apabila orang ramai diberi berpeluang menaiki...
TOK RAUF NYALAKAN SEMANGAT OKU JUAL SAMBAL ‘LIVE’, TABAH JAGA BAPA TERLANTAR
DUYONG 4 Ogos - Di sebalik sesi ‘live’ menjual sambal dari rumah, tersimpan kisah ketabahan seorang usahawan orang kurang upaya...
MBMB RANGKA PROGRAM BULANAN HIDUPKAN SEMULA PASAR BESAR MELAKA
PENGKALAN BATU 4 Ogos – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sedang menyelaras pelaksanaan program khas berkonsepkan Jualan Rahmah dan persembahan...
DUN DUYONG CAPAI KPI, MENIFESTO DIPENUHI
DUYONG 4 Ogos - Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong kini tidak lagi berdepan isu besar selepas permasalahan yang dibangkitkan rakyat...
MACAM-MACAM ADA DI HARI LANDSKAP NEGARA 2026 – KETUA MENTERI
PAYA RUMPUT 3 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hari ini meninjau persiapan akhir menjelang penganjuran...
ZIARAH KASIH DUN PAYA RUMPUT SANTUNI 40 KELUARGA
PAYA RUMPUT 3 Ogos - Sebanyak 40 keluarga disantuni menerusi Program Ziarah Kasih sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
