Sorting by

×

Belerang tidak jejaskan hidupan laut

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 28 Mac – Tumpahan belerang atau sulfur monoksida tidak akan menjejaskan hidupan laut, kata Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka, Rosli Osman.

Katanya, berdasarkan data dikeluarkan (Bahan) Helaian Data Keselamatan (MSDS) sekiranya tumpahan belerang berlaku di laut ia tidak akan membahayakan hidupan laut malah ia tidak akan mengancam spesies yang berada dalam habitat itu.

“Bagaimanapun kita sedang menyiasat perkara ini sejak semalam malah Jabatan Perikanan negeri juga berkongsi kepakaran untuk memeriksa sampel sekali gus mengenal pasti punca kematian di kawasan pantai Sungai Tuang.

“Terdahulu JAS dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menerima laporan berhubung kejadian itu namun pemantauan awal mendapati tidak ada tumpahan minyak di kawasan kawasan terbabit.

“Malah, perkara yang menjadi persoalan adalah ikan yang mati terdampar hanya satu spesies sahaja dan ia bukan dikaitkan dengan pencemaran kerana jika tumpahan berlaku sudah pasti pelbagai spesies lain juga akan terkesan akibat perkara berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Pada masa sama, beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pencemaran berlaku di kawasan pantai berkenaan.

“Setakat ini, tumpahan belerang yang berlaku telah diselesaikan di mana kapal yang bocor yang memuatkan belerang telah dialihkan ke jeti swasta dan dalam proses pembaikan.

“Kita akan terus menyiasat perkara ini dan jika dikaitkan dengan tumpahan belerang ia masih menjadi persoalan berikutan insiden itu telah berlaku sejak dua minggu lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1240
Kongsi :
Previous post Bufet Ramadan di hotel biar berpatutan – Sulaiman
Next post Lebih 1.3 juta populasi kanak-kanak di Malaysia terima vasin COVID-19
Ubah saiz-+=