Sorting by

×

BELIA PROGRESIF: 103 PROGRAM UNTUK ANAK MUDA SEPANJANG 2024

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 30 Disember – Sebanyak 103 program telah diluluskan Kerajaan Negeri di bawah peruntukan inisiatif Belia Progresif sepanjang tahun ini.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam berkata, inisiatif yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2024 tahun lalu itu bertujuan membantu pemerkasaan selain membentuk belia menjadi generasi yang menggantikan kepimpinan negara pada masa akan datang.

Menurutnya, kesemua 103 program yang dijalankan setakat ini membabitkan peruntukan berjumlah RM452,185, termasuk pelaksanaan Anugerah Belia Negara, Majlis Perundingan Belia, Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka dan Dewan Belia Negeri Melaka.

Mengulas lanjut, Shanmugam berkata peruntukan itu telah memberikan manfaat kepada 60 persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Ia meliputi 27 persatuan dan 45 kelulusan program di daerah Melaka Tengah; 22 persatuan dan 42 program di daerah Alor Gajah; sembilan persatuan dan 14 program di daerah Jasin serta dua persatuan dan dua program untuk lain-lain.

“Bidang kelulusan program paling banyak diluluskan peruntukan adalah Pengurusan dan Pembangunan Sukan sebanyak 41 program, diikuti Program Semarak Amal dan Semarak Kasih (24 program); Latihan dan Peningkatan Kemahiran (14 program); Pengurusan Kepimpinan dan Jati Diri (4 program) dan 20 lain-lain bidang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

153
Kongsi :
Previous post MELAKA BERSELAWAT TERIMA SAMBUTAN LUAR JANGKAAN
Next post 8,455 PENUMPANG TIBA DI LTAM SEJAK 23 OKTOBER
Ubah saiz-+=