Bendera parti disabotaj di kawasan Kota Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KOTA MELAKA 8 November – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Melaka, kesal apabila sebilangan bendera parti itu didakwa dicabut dan dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Kon Qi Yao berkata, sehingga hari ini, dia dimaklumkan terdapat tiga kejadian yang berlaku di kawasan Kota Melaka dan dipercayai terdapat unsur sabotaj.

“Kejadian berlaku di Jalan Gajah Behrang, Kampung Padang dan yang terbaru bendera yang dipasang di Jambatan Tan Kim Seng pula dicabut, yang tinggal hanya tiang sahaja.

“Dalam kejadian di Kampung Padang, bendera didakwa dicabut dan dibuang di tengah jalan. Perkara ini mula disedari sejak kelmarin dan kira-kira 20 bendera dirosakkan,” katanya ketika ditemui di Jonker Walk.

WhatsApp Image 2022-11-08 at 3.29.51 PM
Kejadian bendera yang dicabut dan dibuang di Kampung Padang.

Menurutnya, sekiranya keadaan itu terus berlarutan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan membuat laporan polis.

“Kalau keadaan menjadi lebih teruk dan berterusan saya akan membuat laporan polis agar tindakan lanjut dapat diambil.

“Saya harap ia tidak berulang lagi dan menyeru semua pihak bersikap matang selain berkempen secara sihat dan adil,” katanya.

Beliau yang mesra disapa Ah Kon, sebelum itu memulakan kempen dan beramah mesra bersama penduduk setempat dengan menyertai senam aerobik di Taman Rekreasi Bukit Serindit sebelum bertemu penduduk di sekitar Padang Temu dan Pertam Jaya.

Terdahulu, Polis Melaka membuka satu kertas siasatan membabitkan perbuatan khianat terhadap kempen Pilihan Raya Umum ke-15 yang dikesan berlaku di daerah Melaka Tengah.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2019
Kongsi :
Previous post RM70 juta untuk 332 projek mitigasi banjir di Melaka
Next post Manifesto BN bukan gula-gula kepada rakyat – Mohamad
Ubah saiz-+=