
Berbuka tepi Sungai Melaka serendah RM29.90
BANDARAYA MELAKA 2 Apr – Dengan harga serendah RM29.90 orang ramai berpeluang berbuka puasa di tepi Sungai Melaka pada Ramadan ini.
Pakej harga terendah ditawarkan Dutch Harbour Cafe yang pertama kali diadakan tahun ini sejak penubuhannya dengan pilihan lebih 20 juadah berbuka selera buat pelanggan.
Pengurusnya, Azhar Abu Rais berkata, tawaran itu bertujuan menarik kunjungan lebih ramai pelancongan domestik.

Beliau berkata, bagi kanak-kanak pula pakej ditawarkan pada harga MR18.90, sementara itu ruang makan di restoran pula mampu menerima 150 orang pelanggan.
“Kami mengajak orang Melaka, mahu menikmati suasana berbuka puasa dengan pemandangan indah Sungai Melaka segera membuat tempahan.
“Malah diskaun sebanyak 10 peratus juga akan diberikan kepada pelanggan yang membuat tempahan sebelum 3 April ini bagi kemasukan bermula dari 5 hingga 10 April depan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 50,000 MERIAHKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
AYER KEROH 23 September - Seramai 50,000 pengunjung direkodkan hadir memeriahkan Festival Sungai Melaka 2026 berlangsung di beberapa lokasi menarik...
ANAK MUDA DIPELAWA MERIAHKAN MUSYAWARAH NASIONAL 3.0
BANDARAYA MELAKA 23 September - Musyawarah Nasional 3.0 bukan hanya untuk pemimpin politik atau golongan tertentu sebaliknya terbuka kepada masyarakat...
MUSYAWARAH NASIONAL 3.0 BAHAS POLEMIK MELAYU MENGIKUT PERSPEKTIF AKADEMIK, SEJARAH
BANDARAYA MELAKA 23 September - Isu dan polemik berkaitan orang Melayu bakal dibincangkan secara terbuka menerusi Musyawarah Nasional 3.0 yang...
MELAKA MEDAN MUSYAWARAH RUNGKAI POLEMIK SEJARAH TANAH MELAYU
BANDARAYA MELAKA 23 September - Melaka bakal menjadi medan perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai sejarah, identiti serta pembentukan negara menerusi...
HASN 2026: MPHTJ TERIMA PENGIKTIRAFAN PEMANGKIN BANDAR PINTAR, KEJIRANAN HIJAU
AYER KEROH 23 September – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerima Anugerah Pemangkin Bandar Pintar dan Kejiranan Hijau sempena...
LEBIH 3,000 PEGAWAI, ANGGOTA PDRM BERTUGAS JAMIN KELANCARAN PRN MELAKA
SERI BENDAHARA 23 September - Polis Kontinjen Melaka sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan seramai 3,150 pegawai dan...
