Sorting by

×

Berderai air mata tanda syukur terima rumah percuma

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

LENDU 6 Julai – Mohd Jali Yusoh, 84, tidak dapat membendung air mata kegembiraan membasahi pipinya apabila dia akhirnya dapat menggenggam kunci rumah yang diidamkan.

Lebih istimewa kunci Rumah Prihatin warga emas itu diserahkan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, dalam majlis di kediaman baharu Mohd Jali di Jalan Ghafar Baba, di sini, petang tadi.

Kerana terlalu teruja dia yang baharu sembuh selepas dua kali mengalami masalah lumpuh menggagahkan diri untuk menyambut Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu.

Bagi Mohd Jali, kesudian Sulaiman menyerahkan sendiri kunci ‘syurga’ baharunya itu dianggap sebagai satu perkara yang amat tidak disangka.

“Saya memang bersyukur lebih-lebih lagi dalam keadaan yang macam ini, perasaan terharu itu hanya tuhan sahaja tahu hingga tidak boleh digambarkan.

“Sudah lama saya kenal beliau (Sulaiman), memang seorang yang peramah, bagi saya pertemuan kali ini mengimbau semula detik pernah kami lalui bersama ketika dulu,” katanya.

KELUARGA Mohd Jali merupakan antara penerima Rumah Prihatin yang diluluskan kerajaan negeri.

Sementara itu, menantunya, Mariani Razali, 43, meluahkan rasa syukurnya selepas penantiannya berakhir dan kini tinggal di kediaman yang lebih selesa.

“Tak dapat dibayangkan betapa gembira dan terharunya kami semua, sambutan Aidiladha kali ini pastinya lebih meriah.

“Terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri diatas bantuan yang diberikan, dapatlah kami berteduh dalam keadaan lebih selesa berbanding rumah lama yang sangat uzur.

“Selepas ini bermulalah kehidupan baru kami sekeluarga dan saya merancang untuk berniaga kecil-kecilan di depan rumah dapatlah bantu perbelanjaan keluarga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2243
Kongsi :
Previous post Pekerja ladang patah kaki dipijak gajah liar
Next post 109 lagi Rumah Prihatin dibina di Melaka
Ubah saiz-+=