Berkebaya di bumi Itali

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

QUARTUCCIU, ITALI 4 Ogos – Institut Warisan Melaka (INSWA) mengambil peluang sepanjang 11 hari di bumi Itali dengan mengetengahkan busana kebaya dari Melaka.

Sepanjang mengadakan persembahan bersempena International Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts (CIOFF), pelbagai jenis kebaya telah dipakai artis budaya INSWA bagi memperkenalkan busana unik dari negeri ini.

Pengurus Besar INSWA, Abdul Malek Bador berkata, pemakaian kebaya itu adalah bergantung kepada jenis persembahan yang disajikan kepada penduduk negara kelahiran pasta itu.

Menurutnya lagi, pemakaian kebaya telah lama dipraktikkan anak seni dari INSWA iaitu sejak tahun 2002 yang mana ia bertujuan memastikan pemakaian busana warisan itu terus terpelihara pada masa akan datang.

“Terdapat pelbagai jenis kebaya boleh diketengahkan dalam setiap persembahan INSWA antaranya, kebaya labuh yang sinonim dengan masyarakat Baba dan Nyonya, selain kebaya-kebaya lain yang sering dipakai masyarakat Melayu sendiri.

“Justeru itu, INSWA mengambil peluang sepanjang di Itali untuk mengetengahkan busana ini di dalam persembahan supaya masyarakat luar tahu keunikan seni dan warisan negara ini,” katanya.

photo1691044260 (1)
ANTARA kebaya yang dipakai di Itali.

Abdul Malik berkata, pihaknya turut menyambut baik cadangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya MOTAC) untuk mengangkat kebaya sebagai warisan tidak ketara Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Beliau berharap pencalonan MOTAC bersama-sama Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand itu diterima pihak UNESCO pada tahun depan.

“Bagi memberikan komitmen berterusan, INSWA dan Menara Taming Sari akan mengadakan persembahan di perkarangan Dataran Menara Taming Sari yang mana artis budaya INSWA akan memakai pelbagai jenis kebaya mengikut kepada jenis persembahan pada setiap minggu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2205
Kongsi :
Previous post Dua motosikal bertembung, kontraktor maut
Next post UTeM mantapkan kepakaran teknologi WAAM bersama Cranfield University
Ubah saiz-+=