
BOLA SEPAK SATUKAN CMO DAN MPJ
JASIN 3 September – Perlawanan persahabatan bola sepak antara Pejabat Ketua Menteri Melaka (CMO) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) berlangsung meriah di Stadium Mini Jasin, semalam.
Menurut wakil CMO, Aduka Buana Dollah berkata, perlawanan persahabatan antara kakitangan CMO dan MPJ mengeratkan silaturahim menerusi sukan terbabit.
Katanya, jalinan itu dilihat dapat memudahkan kerjasama antara dua jabatan tersebut di masa hadapan.
“Pada perlawanan persahabatan ini keputusannya seri.
“Aksi seimbang kedua-dua pasukan ini menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Aduka Buana berkata walaupun tiada pemenang ditentukan, semangat kekitaan jelas terpancar di sepanjang perlawanan.
“Menerusi semangat sukan dan kebersamaan, perlawanan ini membuktikan bahawa padang bola mampu menjadi jambatan persahabatan yang kukuh,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
TOK RAUF KONGSI KEMAJUAN KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkongsi pencapaian dan kemajuan Kampung Pulau dalam...
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan...
TYT TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 21 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat sunat...
JKR MELAKA SENTIASA PANTAU PAPAN TANDA ROSAK, UZUR
TABOH NANING 21 Mac - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sentiasa memantau keadaan papan tanda di seluruh Melaka ia bagi...
