Boleh rentas negeri mulai esok di seluruh negara- PM

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

KUALA LUMPUR 10 Okt. Mulai esok kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri bagi individu lengkap divaksin tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mengumumkan kebenaran itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat mengambil kira data Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.

“Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada polis bermula esok.

“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas hari ini.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun kebenaran pergerakan rentas negeri itu tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurutnya, kerajaan juga bersetuju membenarkan rakyat Malaysia lengkap divaksin melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mulai esok.

“Bagaimanapun pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.

“Keputusan pemansuhan ini antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

517
Kongsi :
Previous post Bapa kudong dipenjara 15 tahun, 10 sebat rogol anak OKU
Next post Ujian saringan COVID-19 tidak diwajibkan sebelum merentas negeri
Ubah saiz-+=