Buka FoodBank DMDI di Kemboja bantu golongan memerlukan

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 25 Mac – Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) meneruskan misi membantu golongan memerlukan dengan membuka satu lagi FoodBank DMDI di Kemboja baru-baru ini.

Pembukaan FoodbBank DMDI yang kedua itu merupakan idea bernas dan kreatif Presiden DMDI, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang prihatin akan nasib golongan kurang berkemampuan di Kemboja.

TUN Mohd Ali (depan tengah) bergambar bersama jemputan yang hadir selepas merasmikan FoodBank DMDI di Kemboja, baru-baru ini.

Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin berkata Tun Mohd Ali merasa terpanggil untuk membuka bank makanan itu sususlan mesyuarat diadakan bersama Jawatankuasa DMDI Kemboja.

“Pada hari pertama dibuka kira-kira 10 keluarga Kemboja yang memerlukan tampil untuk mengambil bantuan makanan tersebut, ini adalah ilham Tun Mohd Ali sendiri untuk bantu mereka.

“Antara barangan diberikan termasuklah bekalan makanan asas seperti beras, gula, tepung, garam, aneka jenis kicap dan sos,” katanya.

ANTARA barangan makanan yang disediakan di FoodBank DMDI Kemboja.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja merangkap Pengerusi DMDI Kemboja, Datuk Oukhna Dr Othsman Hassan; Duta Besar Malaysia Ke Kemboja, Eldeen Husaini Mohd Hashim, Ahli Parlimen Kemboja, Dr Sos Mousine dan lain-lain kenamaan.

FoodBank berkenaan dirasmikan sendiri oleh Tun Mohd Ali yang ditempatkan di Pejabat DMDI Kemboja di Phnom Penh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

947
Kongsi :
Previous post Polis Melaka, KKM dan MKN bincang penguatkuasaan SOP bazar Ramadan, Aidilfitri
Next post Balai Polis Lubok China akan dipindahkan
Ubah saiz-+=