
Bukan cacar monyet, tapi HFMD – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 26 Mei – Keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) mengesahkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan bukannya dijangkiti wabak cacar monyet atau monkeypox.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan ujian ke atas kanak-kanak itu adalah positif virus Coxsackie A6 dan negatif cacar monyet serta lain-lain virus yang diuji.
“Diagnosis awal kanak-kanak ini adalah HFMD. Kanak-kanak ini kemudiannya dipantau di Hospital Kuala Lumpur oleh pakar pediatrik. Dua sampel telah diambil yang mana MKAK telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD dan cacar monyet,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.
Dr Noor Hisham berkata kanak-kanak itu telah dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam (13 Mei) dan ruam (16 Mei).
Ruam itu menjadi blister (19 Mei) dan mula pecah (21 Mei), katanya.
Sebelum ini, tular mesej di media sosial memaparkan gambar seorang kanak-kanak dengan dakwaan kononnya cacar monyet sudah mula berjangkit di Malaysia. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘WINNING MENTALITY’ GELOMBANG BIRU PADA TAHAP TINGGI – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 10 November - Semangat winning mentality dalam kalangan jentera Barisan Nasional (BN) Melaka kini berada pada tahap tinggi...
MCA LEBIH BERPOTENSI MENANG, PN SERAH KOTA LAKSAMANA DAN BANDAR HILIR
PANTAI KUNDOR 10 November – Peluang untuk menang yang lebih cerah menjadi pertimbangan Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kerusi Dewan Undangan...
PRN MELAKA: JADILAH SETIA SEPERTI PENYU DALAM PERJUANGAN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 10 November - Kesetiaan penyu yang mampu kembali ke lokasi asal selepas dilepaskan dijadikan perumpamaan oleh Pengerusi Barisan...
PRN MELAKA: ‘PENGUNDI AWAL BERILAH PELUANG SAYA JADI SUARA SUNGAI UDANG’ – RAIS
SUNGAI UDANG 9 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Sungai Udang, Datuk Rais Yasin merayu pengundi awal supaya...
PRN MELAKA: PENGUNDI AWAL PILIHLAH YANG TERBAIK – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 November - Pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok diseru membuat pilihan terbaik demi masa depan...
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
