Cadang wujud Zon Bebas Kenderaan untuk kenderaan elektrik

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KESIDANG 19 Februari – Kerajaan Negeri merancang untuk mewujudkan Zon Bebas Kenderaan khusus bagi kenderaan elektrik (EV) di Melaka pada masa akan datang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan selain pelaksanaannya turut bergantung kepada permintaan pengguna EV di negeri ini.

“Jika ada permintaan dan jumlah EV ini sudah meningkat, kita akan cuba mewujudkan Zon Bebas Kenderaan untuk EV sahaja. Bila tiba masanya kita akan laksanakan, maksudnya kalau ada penutupan laluan kenderaan menggunakan petrol jalan di tempat lain, kenderaan elektrik jalan di tempat lain.

“Cadangan ini bukan dalam masa terdekat, namun apa yang pasti akan dilaksanakan, tidak perlu tergesa-gesa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Evpower Charging Hub 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mtyheen Kunju Basheer.

Turut hadir Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Ts. Mohd Hafizam Mustaffa dan Ketua Pegawai Eksekutif Evpower, Cornelius Ee.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

406
Kongsi :
Previous post Sasar sediakan 350 petak cas kenderaan elektrik
Next post 40 sukarelawan Paramedik Komuniti ditempatkan pada Sambutan Peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan
Ubah saiz-+=