Sasar sediakan 350 petak cas kenderaan elektrik

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KESIDANG 19 Februari – Sebanyak 350 petak pengecas kenderaan elektrik (EV) dirancang disediakan sekitar Melaka menjelang 2025, sekali gus menyokong inisiatif teknologi hijau dan negeri rendah karbon.

Mengulas lanjut Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, cadangan itu bagaimanapun bergantung kepada permintaan dan jumlah kenderaan elektrik di Melaka.

“Hari ini kita menyaksikan buat pertama kalinya sumbangan diberikan oleh syarikat Ev Power iaitu sebanyak 10 pengecas kenderaan elektrik yang mana menunjukkan Melaka telah menuju kepada negeri rendah karbon.

“Setakat ini sekitar Bandar Melaka sudah ada 40 lokasi pengecas kenderaaan elektrik. Perkembangan ini juga menggalakkan pelancong yang datang ke Melaka untuk gunakan kenderaan elektrik.

“Langkah awal Kerajaan Negeri menjadikan kawasan tarikan pelancongan sebagai Zon Bebas Kenderaan menunjukkan bahawa kita cuba mengadaptasikan konsep rendah karbon, kita menyasarkan tahun 2025 sebanyak 350 tapak pengecas kenderaan eletrik dapat diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Evpower Charging Hub 2024 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mtyheen Kunju Basheer serta Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh.

Turut hadir Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Ts. Mohd Hafizam Mustaffa serta Ketua Pegawai Eksekutif Evpower, Cornelius Ee.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

393
Kongsi :
Previous post Mualaf bukan penghalang sambut Tahun Baru Cina
Next post Cadang wujud Zon Bebas Kenderaan untuk kenderaan elektrik
Ubah saiz-+=