Calon PRN Melaka boleh guna platform RTM perkenal diri – Reezal

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TEHEL 15 Nov – Kesemua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu memanfaatkan platform Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk memperkenalkan diri kepada masyarakat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata langkah RTM menyediakan ruang itu merupakan satu perkembangan baik dalam amalan sistem demokrasi negara.

“Terima kasih Tan Sri Annuar Musa selaku Menterinya (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) yang membuka lantai demokrasi melalui penyertaan mereka (calon) menerusi ruang-ruang yang disediakan.

“Kapsul dan biodata tentu sekali disediakan RTM. Jadi saya nak galakkan semua calon dan calon yang menawarkan diri sebagai wakil rakyat dalam PRN Melaka agar menggunakan kesempatan ditawarkan RTM supaya mereka dapat lebih dikenali oleh rakyat melalui siaran-siaran RTM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di PPR Tehel di sini hari ini.

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tengah) hadir pada Program Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, Melaka. Foto: MR. Azli

Sebelum ini kerajaan membenarkan RTM untuk menyiarkan poster dan biodata calon yang bertanding pada PRN Melaka bermula 14 Nov.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov ini dan undi awal pada esok berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

803
Kongsi :
Previous post Bemban : Perjuang hak milik penduduk PPR Tehel
Next post Kuala Linggi: Hakisan pantai, industri pelancongan dan perikanan fokus calon BN
Ubah saiz-+=