Bemban : Perjuang hak milik penduduk PPR Tehel

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TEHEL 15 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Datuk Koh Chin Han akan memperjuangkan hak penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel dengan meneruskan pemilikan perumahan ‘rent to own’ atau sewa untuk dimiliki.

Beliau berkata konsep ‘sewa untuk dimiliki’ itu dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2017 semasa beliau menjadi Perdana Menteri, namun telah dihentikan pada tahun 2018 selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih.

“Kita terima pelbagai soalan yang mana PPR Tehel ini dari segi hak milik dia ataupun penduduk di sini mereka inginkan supaya sewa untuk dimiliki ini diteruskan.

“PPR Tehel ini siap bina tahun 2017 di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib yang ketika itu Menterinya Tan Sri Noh Omar, pada masa itu kos pembinaan setiap unit dibawah RM180,000, tetapi disewakan pada penduduk pada tempoh masa 25 tahun dengan harga cuma RM30,000 hingga RM40,000 saja.

“Waktu PH ambil alih, sewa untuk dimiliki ini telah batalkan, namun pada 28 Oktober lalu Ketua Menteri pada masa itu yang ‘caretaker’ sekarang Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali buat keputusan supaya letak semula pemilikan PPR Tehel ini dibawah konsep sewa untuk dimiliki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil penduduk di PPR Tehel di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan sentiasa memastikan yang terbaik untuk setiap pemilik di PPR Tehel berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1188
Kongsi :
Previous post Taboh Naning: kebajikan Orang Asli, kesihatan rakyat takkan dilupakan
Next post Calon PRN Melaka boleh guna platform RTM perkenal diri – Reezal
Ubah saiz-+=