Taboh Naning: kebajikan Orang Asli, kesihatan rakyat takkan dilupakan

Masa Membaca:59 Saat

TABOH NANING 13 Nov. – Masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Payong tidak akan terkecuali dari menerima prasarana pembangunan dan pelbagai kemudahan lain.

Calon Barisan Nasional (BN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin berkata, bagi memperkasa aktiviti kemasyarakatan di kawasan itu, sebuah dewan terbuka dirancang untuk dibangunkan di perkampungan itu.

“Saya melihat kawasan Bukit Payong ini boleh dimajukan terutama sektor pembangunan seperti dewan terbuka, (kerana) yang saya lihat tak ada dewan terbuka dibangunkan.

“Alhamdulillah di Taboh Naning pembangunan sebenarnya hampir sama juga maju dengan kampung- kampung lain. Tetapi dari segi internet insyaallah saya akan bantu supaya kawasan-kawasan ini lebih majulah setanding dengan kampung-kampung lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, penduduk di kawasan berkenaan turut tidak terlepas dari menerima pembangunan prasarana kesihatan untuk menampung kemasukan pesakit di Taboh Naning.

Jelasnya, Klinik Kesihatan Simpang Ampat akan dinaik taraf dengan pembangunan kondusif bagi memastikan keselesaan penduduk.

“Saya akan cuba memohon di bawah Kementerian Kesihatan supaya pusat Kesihatan di Simpang Ampat dinaikkan taraf kerana ia masih lagi dalam keadaan lama.

“Jadi bagi saya ia tidak boleh menampung pesakit-pesakit yang ada di dalam DUN Taboh Naning ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1441
Kongsi :
Previous post Pekebun dituduh bunuh rakan guna pisau
Next post Bemban : Perjuang hak milik penduduk PPR Tehel
Ubah saiz-+=