
Cemas pergelangan kaki tersepit dalam mesin pengisar
JASIN 25 Nov – Lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas selepas pergelangan kaki kanannya tersepit dalam mesin pengisar, di Kampung Kemengkang, di sini hari ini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 3.30 petang, sebelum disedari rakannya yang kebetulan berada berdekatannya.
Komander Operasi dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jasin Bistari PBK II Bukari Rejab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 petang sebelum lapan anggota bersama pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, panggilan itu dibuat oleh penyelia mangsa dan dia dipercayai tergelincir ketika melakukan kerja memproses makanan ikan.
“Rakannya yang kebetulan berada berdekatannya kemudian bertindak menutup suis mesin pengisar dan meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 45 minit sebelum berjaya mengeluarkan kaki mangsa.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Jasin bagi rawatan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...
TAMAN PERMAINAN SDG PARK UNTUK KANAK-KANAK 7 HINGGA 12 TAHUN
PAYA RUMPUT 26 Mei - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memantau isu Taman Permainan Kanak-Kanak SDG...
ORANG ASLI MACHAP JAYA UBAH ‘BAHAN RIMBA’ JADI PERMATA
MACHAP JAYA 26 Mei - Di Kampung Orang Asli Bukit Besar yang dikelilingi pokok hutan dan jauh daripada pembangunan, kisah...
PENGAWAL KESELAMATAN MAUT LANGGAR ANJING LINTAS JALAN
LENDU 26 Mei - Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Masjid Tanah maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor anjing di...
PERKASA PENIAGA KECIL, PACU EKONOMI MELAKA
PAYA RUMPUT 26 Mei - Memperkasakan peniaga kecil terus menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam memastikan pertumbuhan ekonomi Melaka kekal...
