Misi jadikan Duyong setaraf Bandaraya

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

DUYONG 25 Nov – Duyong bakal diangkat menjadi setaraf Bandaraya dalam tempoh lima tahun lagi, kata Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu berkata, itu merupakan antara perancangannya dalam memajukan kawasan itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, beliau yakin dengan segala pembangunan dan kemajuan ekonomi di Duyong, ia boleh ditambah baik dan akan menjadi sebuah pusat bandaraya pinggir bandar.

“Pastinya kita mengharapkan Duyong jadi Bandaraya, sesuatu yang bertaraf bandaraya tetapi selesa untuk semua.

“Inilah satu pusat pinggir bandar yang kita rasa mampu milik untuk semua bangsa, semua kaum, semua budaya dimana penempatan di kawasan tumpuan sekitar adalah di kawasan Lembah Duyong, kemudian ke Semabok dan ke arah Bandar Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka hari Ini (MHI) di sebuah hotel di Bandaraya Melaka.

Mengulas lanjut, Noor Helmy berkata tumpuan utamanya setelah memenangi kerusi DUN Duyong adalah untuk menempatkan sebuah balai polis di kawasan itu kerana sehingga kini masih belum mempunyai balai polis.

“Antara tumpuan yang kita kejar sekian lama adalah balai polis, sebab di Duyong ni kita masih bergantung di Balai Polis Kandang.

“Kalau dulu Duyong tidak ada sekolah rendah, sekolah menengah, kini semuanya ada di sini dan usaha-usaha untuk menaikkan lagi Duyong ini akan diteruskan selagi ada ruang dan peluang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1546
Kongsi :
Previous post Lelaki maut dicekik dalam pergaduhan
Next post Cemas pergelangan kaki tersepit dalam mesin pengisar
Ubah saiz-+=