
COVID-19: 1 kes baharu direkodkan di Bukit Katil
MELAKA 18 Okt. – Melaka merekodkan 1 kes positif baharu membabitkan Kluster Menara di Daerah Melaka Tengah hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi mengesahkan kes terbabit yang direkodkan di mukim Bukit Katil.
“Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes import B melibatkan seorang lelaki dewasa berumur 53 tahun yang dikesan melalui saringan pekerja,” katanya ketika dihubungi.
Berdasarkan maklumat Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, setakat 18 Oktober, Melaka merekodkan 12 kes tempatan dan empat kes import.
Sementara itu, penularan wabak COVID-19 negara hari ini merekodkan 871 kes baharu dengan 866 kes darinya merupakan penularan tempatan dan lima kes import.
Manakala, tujuh kematian baharu turut direkodkan yang menyumbang kepada 187 kes kematian kumulatif.
Diikuti 7,049 kes aktif direkodkan dengan 86 kes dirawat di unit rawatan rapi serta 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Views:
Related

Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...

