COVID-19: Melaka sedia 16 insentif berjumlah RM19.44 juta

Masa Membaca:2 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 9 DIS. – Sebanyak 16 insentif berjumlah RM19.44 juta disediakan jabatan dan agensi kerajaan tahun ini termasuk inisiatif tambahan tahun depan dalam langkah pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, peruntukkan khusus itu bertujuan merancakkan pertumbuhan ekonomi sekaligus dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri ini.

“Dalam menangani impak COVID-19, tanpa berlengah-lengah saya menggembleng semua jabatan dan agensi negeri, bagi menyediakan 16 insentif pada 2020 berjumlah
RM19.44 juta, termasuklah inisiatif tambahan bagi 2021 khusus buat rakyat Melaka.

“Insentif pertama adalah mengurangkan sewaan seramai 1,471 penyewa rumah kos rendah dan rumah pangsa milik Lembaga Perumahan Melaka atau LPM, daripada Mac hingga Ogos 2020, berjumlah hampir RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Tahun 2021 Negeri Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri, Kompleks Seri Negeri, sebentar tadi.

Insentif lain adalah memberi rebat bil air kepada pemilik atau penyewa rumah projek perumahan rakyat (PPR) dan rumah pangsa kos rendah di bawah LPM; menangguhkan bayaran bil air Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bermula bulan Mac hingga Julai 2020 membabitkan 260,000 isi rumah, berjumlah RM2.26 juta ringgit.

“Keempat adalah menangguhkan bayaran caj abstraksi air mentah kepada 169 pemegang lesen berjumlah RM2.25 juta ringgit; mengurangkan bayaran bil air bulanan penyewa dan
pemilik rumah kos rendah kepada 3,974 isi rumah bagi tempoh Mac hingga April 2020, berjumlah RM50,000

“Mengecuali atau mengurangkan bayaran sewa bagi 237 orang dan penyewa IKS serta pengusaha PKNM, bagi tempoh April hingga Mei 2020 berjumlah RM500,000.

“Membayar insentif frontliner pihak berkuasa tempatan (PBT) berjumlah RM100 hingga RM200 ringgit, bagi tempoh April hingga Mei 2020, kepada 580 orang petugas berjumlah RM110,000,” katanya.

Insentif lain termasuk menangguhkan bayaran denda lewat cukai tanah
daripada 31 Mei kepada 31 Julai 2020 kepada 61,140 hakmilik tanah, dengan implikasi RM3.2 juta ringgit.

Selain itu katanya, turut diumumkan adalah potongan 50 peratus denda lewat akan diberikan sehingga 31 Disember 2020 dan penangguhan bayaran denda lewat cukai tanah daripada 31 Mei 2021 kepada 31 Julai 2021.

Kerajaan turut menangguhkan bayaran denda lewat cukai petak atau strata daripada 31 Mei kepada 31 Julai 2020, kepada 5,999 pemilik unit strata, berjumlah RM65,000 .

“Kerajaan Melaka bersetuju meneruskan penangguhan bayaran denda lewat cukai petak atau strata, daripada 31 Mei kepada 31 Julai 2021; menangguhkan bayaran balik pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) kepada 7,400 peminjam daripada April hingga Jun 2020, berjumlah RM3 juta.

“Menyediakan peruntukan khas frontliner KKM berbentuk peruntukan makan buat 2,790 petugas sebanyak RM390,000 pada tahun ini; memberi Bantuan Kit Makanan Asas kepada 36,400 orang bagi tempoh Mac hingga April 2020, berjumlah RM3.22 juta,” katanya.

Sulaiman berkata, pada tahun depan, Bantuan Kit Makanan Asas iaitu ‘Nutrisi
Sejahtera’ kepada golongan sasar B40 secara one-off, akan diteruskan bagi tempoh Januari hingga Mac.

Peruntukan turut membabitkan penyediakan insurans dan khairat kematian kepada barisan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Negeri Melaka pada tahun depan.

Views:

337
Kongsi :
Previous post Bantuan nelayan: Terima kasih KM
Next post Warga pendidik disaran tingkat ilmu bidang IT & pendigitalan
Ubah saiz-+=