Covid-19, air dan politik: Cabaran cukup besar – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat
MASALAH kekurangan bekalan air akibat program Bekalan Air Berjadual (BAB) yang dilaksanakan bermula dari 29 Januari 2020 antara yang diatasi Kerajaan Melaka.

AYER KEROH 16 Ogos – Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali dipilih menjawat jawatan Ketua Menteri pada 9 Mac lalu ketika pemerintahan Melaka bergolak.

Namun, tiada jalan mudah baginya apabila dia terpaksa berdepan tiga isu besar, iaitu penularan wabak Covid-19, krisis air yang melanda Melaka yang menyaksikan catuan air berjadual terpaksa dilakukan dan ketidakstabilan politik.

“Cabaran paling besar ketika saya ambil alih jawatan adalah krisis air, ketika itu sudah hampir sebulan bekalan air berjadual dilaksanakan. Itu cabaran cukup besar.

“Kedua dalam tempoh beberapa hari jadi Ketua Menteri, Kerajaan Persekutuan isytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya memikirkan bagaimana nasib Melaka sebagai negeri pelancongan apabila kes Covid-19 mula meningkat.

“Peringkat awal PKP amat membimbangkan, bagaimana saya nak pastikan jangkitan tidak meningkat, untuk memastikan rakyat Melkaka patuhi semua SOP (prosedur operasi standard) atau arahan MKN (Majlis Keselamatan Negara), NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan lain-lain.

“Dari segi ekonomi pula, sebagai negeri pelancongan, Melaka amat mengharapkan kehadiran pelancong. Selai itu, hasil kita adalah sektor pembuatan, industri. Waktu itu ekonomi jatuh dan bagaimana saya boleh angkat semula ekonomi negeri. Saya fikir pasti akan ada yang hilang kerja, hilang sumber pendapatan.

“Ia ujian paling hebat dan pada masa sama suhu politik juga tidak menentu. Itu tiga cabaran saya hadapi tetapi Alhamdulillah berkat kerjasaama asemua dan izin Allah, saya dapat selesaikan krisis air pada 1 April,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi siaran laporan akhbar Berita Harian, hari ini.

Views:

340
Kongsi :
Previous post “Nak berpolitik tunggu pilihan raya” – KM
Next post Warga Sungai Udang semarakkan Hari Kemerdekaan
Ubah saiz-+=