COVID-19: Aktiviti KM, Setiausaha Kerajaan Melaka dan ahli MMKN dihentikan serta-merta

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 1 Okt. – Semua aktiviti kerajaan negeri ditangguhkan serta merta berkuatkuasa hari ini susulan terdapat kes positif wabak COVID-19 di Melaka.

Menurut, kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri pada petang ini, segala program yang membabitkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan dan semua ahli -ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) ditangguhkan berkuat kuasa serta-merta sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Selain itu, perjumpaan yang melibatkan Ketua Menteri di pejabat beliau juga ditangguhkan berkuat kuasa serta-merta sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Bagi orang ramai yang mahu berurusan di Kompleks Seri Negeri mahupun pejabat-pejabat kerajaan lain di seluruh Negeri Melaka mereka mesti mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa berkaitan, bagi membendung penularan wabak tersebut yang dilaporkan kembali meningkat di seluruh negara.

“Mengenai gambar yang tular mengenai proses disinfeksi yang dilakukan
di Kompleks Seri Negeri, ingin ditegaskan bahawa ia adalah
proses berkala yang sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa sebagai
langkah pencegahan bagi membendung penularan wabak COVID-19
tersebut.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai di negeri ini dinasihatkan tidak panik dengan laporan-laporan yang ditularkan di media sosial, sebaliknya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
yang sedang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2020 ini,” katanya.

Views:

523
Kongsi :
Previous post COVID-19: Aktiviti Kerajaan Melaka ditangguhkan serta-merta
Next post Empat lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini
Ubah saiz-+=