COVID-19: Guru, pelajar cetus kluster pendidikan ke-12 di Melaka

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 6 Feb – Ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) mencetuskan satu lagi kluster pendidikan baharu di negeri ini.

Pertambahan itu, sekali gus menyaksikan Melaka kini merekodkan 12 kluster berkaitan pendidikan.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, kluster terbaharu hari ini membabitkan sebuah institusi pendidikan di daerah Jasin.

Kata kenyataan itu, seramai 28 kes membabitkan pelajar dan guru telah disahkan positif COVID-19 membabitkan Kluster KM40 Kampung Chabau, termasuk tiga daripadanya di luar Melaka.

“Punca jangkitan adalah sporadik dan menular dalam kalangan pelajar dan guru kerana kurang kepatuhan kepada SOP,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, JKN Melaka turut memaklumkan terhadap 457 kes baharu direkodkan, hari ini, sekali gus menyaksikan kes keseluruhan meningkat kepada 83,605.

Daripada jumlah itu, seramai 204 daripadanya dikesan positif hasil saringan kontak keluarga, 183 sporadik, 39 kontak kerja, 10 kawasan berisiko, lapan kontak sosial, selain tujuh dan enam kes membabitkan sejarah keluar negara dan kontak institusi.

“Setakat ini, seramai 2,365 kes masih dirawat, termasuk dua daripadanya di unit rawatan rapi (ICU) dan satu memerlukan alat bantuan pernafasan,” tambah kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1160
Kongsi :
Previous post Dua maut dalam nahas babit tiga kereta
Next post Usahawan Tekun diwajibkan miliki insurans perniagaan – Noh
Ubah saiz-+=