COVID-19: Kluster kilang punca kes mendadak di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 10 Julai – Jangkitan kluster kilang menjadi penyumbang terbesar di Melaka iaitu 607 daripada 835 yang didapati positif COVID-19, hari ini.

Jabatan Kesihatan negeri dalam kenyataannya di Facebook berkata, daripada jumlah itu, 574 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara dan 261 kes adalah rakyat tempatan.

“Bagi penularan jangkitan kluster kilang itu, 588 kes adalah jangkitan dalam kalangan pekerja dengan pecahan 533 kes merupakan bukan warganegara dan selebihnya warganegara.

“Manakala 19 kes adalah jangkitan kalangan ahli keluarga, kontak keluarga (67) institusi penjara (48), kontak tempat kerja bukan kilang (44) dan 36 kes saringan bergejala orang ramai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, selain mencatat negeri ketiga tertinggi kes harian hari ini, Melaka turut merekodkan satu kluster baharu

Kluster Rebana Jernih di derah Alor Gajah merupakan kluster jangkitan komuniti membabitkan penduduk di kawasan berkenaan.

“Jangkitan yang merebak dalam komuniti terbabit seterusnya merebak semasa ziarah antara rumah ke rumah dan pergaulan di antara ahli keluarga terlibat

“Setakat ini sebanyak 24 kes yang dikesan disahkan positif COVID-19 pada awalnya dan 26 kontak rapat telah menjalankan ujian saringan,” katanya.

Dalam pada itu, tiga kematian direkodkan membabitkan seorang pemuda dan masing-masing lelaki dan wanita warga emas di derah Melaka Tengah dan Alor Gajah.

“Kedua-dua warga emas terbabit direkodkan merupakan penghidap penyakit kronik manakala pemuda terbabit tidak mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan dan menerima jangkitan dari tempat kerja,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

974
Kongsi :
Previous post Tun M doakan Malaysia dimajukan semua pihak
Next post Bukan gantung diri sebab tekanan PdPR lah!
Ubah saiz-+=