
COVID-19: Melaka catat 1 kematian, lima kes baharu
AYER KEROH 26 Dis : Satu kes kematian dan lima kes positif baharu COVID-19 direkodkan di Melaka hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Menurut beliau, kes kematian terbaharu itu melibatkan mangsa berumur berusia 70 tahun daripada Mukim Telok Mas, Daerah Melaka Tengah.
“Pesakit baharu sehari dimasukkan ke Hospital Melaka dan mengalami pelbagai komplikasi penyakit termasuk penyakit darah tinggi dan kencing manis.
“Manakala lima kes jangkitan baharu yang direkodkan hari ini adalah satu dikesan di Daerah Melaka Tengah sementara masing-masing dua lagi di Daerah Jasin dan Alor Gajah,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya hari ini.
Sementara itu, maklumat daripada Telegram rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) memaklumkan satu kes baharu di Melaka Tengah membabitkan Mukim Bukit Katil individu berusia 58 tahun.
“Dua jangkitan baharu di Alor Gajah adalah bagi Mukim Machap dan Sungai Baru Ilir individu berusia 33 dan 63 tahun.
“Bagi Jasin, ia membabitkan Mukim Ayer Panas dan Jasin iaitu bayi berusia lima bulan dan pesakit berumur 24 tahun.
“Manakala bagi jumlah kes sembuh pula merekodkan 139 kes,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
SITI AISYAH TERHARU SOKONGAN PENGUNDI MUDA, TEKAD BINA MASA DEPAN PENGKALAN BATU
SERI NEGERI 15 November - Sebagai orang baharu, sokongan luar jangka daripada pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
MANDAT BAHARU, AMANAH TERUS BANGUNKAN DUYONG
SERI NEGERI 15 November - Mandat baharu yang diberikan rakyat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor...
TIDAK TUNGGU LAMA, AZRIL TERUS BEKERJA SELEPAS MENANG DI REMBIA
SERI NEGERI 15 November - Tidak menunggu lama untuk memulakan khidmat selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, Ahli...
TOK JEZ SUDAH RANGKA PELAN PEMBANGUNAN SUNGAI RAMBAI LIMA TAHUN
SERI NEGERI 15 November - Pelan pembangunan lima tahun bagi mewajah Sungai Rambai menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)...
KHIDMAT LIMA TAHUN DITERIMA RAKYAT , ‘ACIK ZUL’ SYUKUR TERIMA MANDAT KEDUA
SERI NEGERI 15 November - Kemenangan dengan majoriti lebih besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning pada Pilihan Raya...
FAIRUL NIZAM TUMPU USAHA GANTI PAIP LAMA DI ASAHAN
SERI NEGERI 15 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan akan memberi tumpuan kepada...

