COVID-19: Melaka catat 16 kes baharu, Kluster Bukit direkodkan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat
Infografik Sumber Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

AYER KEROH 19 Okt. – Melaka hari ini catat 16 kes baharu COVID-19, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi.

Mengikut pecahan 16 kes tersebut melibatkan Kluster Bukit (11), saringan Depoh Tahanan Imigresen (3), saringan kontak rapat (1) dan saringan individu bergejala (1).

Untuk Kluster Bukit, ia merupakan kluster baharu direkodkan melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin di negeri ini.

Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-17,531 telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 19 Oktober setakat jam 12 tengah hari, sejumlah 89 individu telah disaring, menyaksikan 15 kes dikesan positif COVID-19; 73 individu negatif; dan satu individu masih menunggu keputusan.

Sementara itu, hari ini secara keseluruhannya, Malaysia catat 858 kes baharu, dengan Sabah catat angka tertinggi iaitu 643 kes diikuti Selangor (107), Labuan (34), Pulau Pinang (26), Perak (18), Melaka (16), Kuala Lumpur (7), Negeri Sembilan (4), Kedah (3), Putrajaya (3), Johor (2), Pahang (1) dan Terengganu (1).

Views:

1647
Kongsi :
Previous post Tambah PPS, kurangkan risiko penularan COVID-19
Next post Indeks jenayah Melaka rekodkan penurunan
Ubah saiz-+=