Covid-19: RM909,000 kompaun dikeluarkan individu langgar pematuhan SOP

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 7 Sept. – Sebanyak RM909,000 dicatat dari jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 terhadap individu yang melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman berkata, menerusi jumlah terbabit sebanyak 909 kompaun telah dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka terhadap inidividu yang melanggar pelbagai kesalahan bagi membendung penularan COVID-19.

Jelasnya, pelbagai kesalahan telah dikenakan pihaknya terutama dalam pematuhan pendaftaran premis direkodkan sehingga 29 Ogos lalu.

“Dari jumlah itu, sebanyak 649 kompaun dengan jumlah sebanyak RM524,300 telah dibayar oleh individu yang dikompaun dalam tempoh itu di negeri ini.

“Malah, sebanyak 181 Notis Amaran turut dikeluarkan sehingga minggu ke-35 ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 9,934 premis telah diperiksa menerusi penguatkuasaan yang dijalankan JKN Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Operasi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di Jalan Jonker, baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya menasihatkan kepada orang ramai khususnya pemilik premis perniagaan agar mematuhi peraturan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Katanya, dalam tempoh terbabit pelbagai kesalahan telah disabitkan dan dikenakan kompaun bagi individu yang kurang kesedaran ke atas kawalan keselamatan bagi membendung penularan pandemik terbabit.

“Kami menasihatkan orang ramai terutama kepada para peniaga agar mematuhi peraturan ini malah penguatkuasaan yang diadakan masih berjalan seperti biasa,” tegasnya.

Views:

228
Kongsi :
Previous post Penyokong sambut baik penswastaan Melaka United
Next post ‘Ubah cara kerja’
Ubah saiz-+=